Selasa, 02 November 2010

TAUSYIAH ALMUSNID ALHAFIDZ ALHABIB UMAR BIN SALIM BIN HAFIDZ DI MALAYSIA TGL 16 OKTOBER 2010 TENTANG AL IMAM ALHADDAD

satu kisah di mana seorang syaikh daripada keluarga BaFadhal yang kesedihan kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi makam Junjungan Nabi SAW di Madinah al-Munawwarah telah bermimpikan Junjungan Nabi SAW dan dalam mimpi tersebut Junjunga...n Mulia telah menggembirakan beliau dengan menyatakan bahawa sesiapa yang menziarahi makam anakanda baginda Imam al-Haddad di Tarim nescaya akan dikabulkan 70 hajatnya. Kisah yang serupa juga ese dengar daripada yang dimuliakan Ustaz Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Abdul Rahman al-Qadri hafizahUllah. Ya inikan sekadar cerita mimpi, oleh itu usahlah mempertikaikannya sampai memutuskan ukhuwwah, sesiapa yang percaya ya silakan, sesiapa yang rasa tak nak percaya, ya terpulang. Ianya termasuk perkara mumkin, apatah lagi bila terdapat warid hadits-hadits sebagaimana tersebut terdahulu yang menyatakan bahawa mimpi orang mukmin itu adalah 1/46 daripada nubuwwah atau 1/70 daripadanya. Dan ada juga riwayat yang menyatakan bahawa sesiapa yang bermimpikan Junjungan Nabi SAW, maka benarlah yang dimimpikannya itu adalah baginda SAW.

Bagi yang mempercayainya akan kisah mimpi tersebut, kerana ianya dikhabarkan oleh ulama yang kepercayaan (yang tak percaya kepada ulama, tok sahlah nak halang sesiapa yang percaya), ulama yang tahu bahawa berdusta tentang mimpi adalah salah satu dusta yang paling buruk sebagaimana disabdakan oleh Junjungan Nabi SAW dalam sebuah hadits yang diriwayat oleh Imam al-Bukhari, maka mereka-mereka ini janganlah berlebih-lebihan pula berpegang dengan mimpi tersebut sehingga ianya dijadikan seolah-olah hukum yang qath`ie. Mimpi itu hanyalah sebagai tanda alamat dan bukannya sebagai ketetapan hukum. Dan janganlah pula dita'birkan mimpi Syaikh BaFadhal tersebut sebagai ketetapan bahawa menziarahi makam Imam al-Haddad itu lebih afdhal atau menyamai menziarahi makam Junjungan Nabi SAW. Sewajarnya mimpi tersebut dita'birkan bahawa jika saja menziarahi makam Imam al-Haddad menjadi penyebab dikabulkan 70 hajat, maka pasti menziarahi Junjungan Nabi SAW di Madinah al-Munawwarah berlipat kali ganda lagi fadhilat dan kelebihannya. Pasti apa yang akan dianugerahkan kepada para penziarah makam nenda Imam al-Haddad yang teragung, Junjungan Nabi SAW, yang bersemayam di Kota Madinah al-Munawwarah, melebihi apa yang diberikan kepada para penziarah Imam al-Haddad di Tarim. Sholawat dan salam ke atas Junjungan sekalian 'alam, para ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian. Keredhaan yang khusus moga dilimpahkan ke atas Shohibul Haul, Syaikhul Islam, al-Imam, al-Quthub, al-Ghauts, al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad. Dengan keberkatan mereka moga kita juga mendapat redha Ilahi Rabbi.

TAUSYIAH ALMUSNID ALHAFIDZ ALHABIB UMAR BIN SALIM BIN HAFIDZ DI MALAYSIA TGL 16 OKTOBER 2010  TENTANG AL IMAM ALHADDAD


sumber : kiriman saudaraku di malaysia

seorang badui arab berziarah ke magam sayidina muhammad saw dan subahanuloh doanya dikabulkan

Diriwayatkan oleh ibnu katshir :
 imam kurtubi  tengah duduk di samping kubur nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu Ada  Seorang Arab badui pergi berhaji dan ketika sampai di pintu masjid rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dia menderumkan tunggangannya dan mengikatnya. Kemudian, dia pun masuk ke dalam masjid dan mendatangi kubur nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berdiri di hadapan wajah rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dia berkata, “Assalamu ‘alaika, wahai rasulullah. Saya datang kepadamu dengan membawa setumpuk dosa sembari meminta syafa’at kepada Rabb-mu dengan perantaraan dirimu, karena Dia berfirman dalam kitab-Nya (yang artinya), “Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” (An Nisaa: 64). Dan sungguh saya telah datang kepadamu dengan setumpuk dosa dan kesalahan, meminta syafa’at kepada Rabb-mu dengan perantaraan dirimu agar dia mengampuni dosaku dan agar dirimu (wahai rasulullah) memintakan syafa’at bagiku.apabila allah swt mengampuniku maka kau senang dan syetanpun sedih dan apabila allah swt tidak mengampuniku maka kau sedih melihat umatnya disiksa dan syetanpun senang
Kemudian, orang itu pun pergi ke kerumunan manusia sembari berdendang,
 Wahai pribadi terbaik yang jasadnya disemayamkan di permukaan bumi ini
Sehingga semerbaklah tanah dan bukit karena jasadmu
Jiwaku sebagai penebus bagi tanah tempat bersemayammu
Yang disanalah terdapat kesucian, kemurahan, dan kemuliaan

Badui itu pun pergi dan kantuk pun menyerang ima kurtubi. Di dalam mimpi, imam kurtubi bertemu nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau berkata, “Wahai ‘Utbi, kejarlah Badui tadi dan berilah kabar gembira kepadanya bahwa Allah telah mengampuninya.”

sumber catatan : pendosa